MUTIARA HIKMAH

# Melangkahlah dengan penuh harapan dikala jiwa sarat dengan dugaan. Maafkanlah salah silap insan walau kita yang terpaksa menanggung kesan. Senyumlah dikala hati derita kerna itu petanda tabah dijiwa, redha pada takdirNya. Nyatakanlah kebenaran walau dirimu terbuang. Hidupkanlah hati dengan Iman dikala dunia menuju akhir zaman, tika ramai insan terleka dengan kduniaan. Redhalah atas ketentuan kerana hidup ini hanya sekadar pinjaman.

# Bersyukur dapat meringankan hati...

# Bahagia itu adalah apabila Allah ada di dalam hatimu...

# Antara ciri-ciri hati yang mati ialah tidak merasa berdosa apabila berbuat dosa.

# Janganlah engkau sibuk memandang pada keburukannya yang sedikit, lalu melupakan kebaikannya yang banyak.

# Aku menyintaimu kerana agama yang ada di hatimu. Jika engkau menghilangkan agama dari hatimu, maka hilanglah cintaku padamu.

# Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

# Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan yang telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

# Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

# Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

# Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

# Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

# Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

# Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

# Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

# Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

# Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

# Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

# Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

# Kegembiraan ibarat semburan pewangi, apabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

# Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

# Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

# Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

# Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

# Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

# Bila engkau kurang menghormati org, maka kuranglah juga rasa hormat org padamu.